Saturday, January 5

aku perlu

melukis lebih banyak.

aku sedar, aku sudah lama tinggalkan seni. tangan aku tidak selembut dulu. aku tiada gaya seni yang tersendiri. aku perlu mencari gaya aku yang tersendiri. tapi semestinya aku perlukan praktis yang lebih banyak.

menulis lebih banyak.

aku sangat rindu menulis blog. aku ingat menulis seperti dulu. aku selalu mahu mencuba tapi selalu tak menjadi. aku berharap tersangat yang aku dapat menulis lagi. mungkin tidak selalu tetapi paling sedikit pun dua kali sebulan.

keluar lebih banyak.

aku sedar yang aku banyak keluar rumah untuk buat sesuatu perkara. samaada untuk membeli atau bekerja. aku mahu keluar rumah tanpa ada arah tujuan. aku mahu keluar rumah dan hanya mengikut kemana arah kaki aku berjalan. melihat apa yang berlaku di sekeliling. aku tahu aku sering menunduk melihat telefon. aku jarang sekali mengambil masa untuk melihat apa-apa di sekeliling. aku ingin melihat pemandangan, aku ingin melihat orang berjalan dan macam-macam lagi perkara yang kita sering endah tak endah.

tangkap gambar lebih banyak

aku suka tangkap gambar. apa guna ada kamera kalau tak diguna. jadi aku nak gunakan kamera aku dengan sesering yang mungkin. ini juga sama macam melukis. semakin lama aku tinggalkan, semakin mereput skil aku yang sedia ada. aku juga nak cari gaya fotografi aku yang tersendiri. sambil itu aku nak belajar lebih lagi tentang fotografi kerana aku tau masih banyak yang perlu aku pelajari.